Saturday, October 3, 2009

Persahabatan di atas nama Allah s.w.t

Sebulan yang lepas aku menerima satu ucapan doa daripada abg angkatku yang bernama bolakehidupan(bukan nama sebenar) yang kini menuntut di al-Azhar,Mesir untuk diriku yang bergelar sahabat.Kata-kata yang terkandung dalam ucapan doa tersebut cukup bermakna,membuatku sangat terharu dan hampir menitiskan air mata.Mungkin apabila aku bertemu dengannya disaatku membaca ucapan tersebut, air mata yang tersimpan tidak dapat dihalang lagi daripada mengalir.Ucapan doa yang aku maksudkan itu adalah seperti yang tertera di bawah :

Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan.. kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd SAHABATku ini... Ya Allah.. Limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd SAHABATku ini... jgan Kau sempitkan die dgan belenggu masalah.. jgan Kau hukum die krana kekurangan dan kelemahan yg ada dalam dirinye...permudahkanlah urusan SAHABATku ini Ya Allah... Ya Allah... tempatkan SAHABATku ini d kalangan kekasih2Mu.. tinggikan darjat SAHABATku ini dalam ketaqwaan..keimanan.. redhailah SAHABATku ini d dunia & akhirat krana aku amat maengasihi SAHABATku ini..bahkan aku redha terhadap dirinye... Demi Tuhan sekelian alam.. SAHABATku ini telah mmberikan ketenangan..kegembiraan kpdku... Engkau satukanlah hati2 kami Ya Allah... amin ya rab (^_^)

Apakah perasaan anda ketika membaca ucapan doa tersebut ??tiada perasaan ??itu mustahil,kerana semua manusia mempunyai perasaan.(hehe…itu memang kenyataan)
Tapi kata-kata tersebut memberikan kesan yang mendalam bagiku kerana orang yang memberikan ucapan itu bukan siapa-siapa,tidak lain,tidak bukan orang yang aku kenal rapat yang telah ku anggap seperti abgku sendiri.Itulah yang membuatkan ia cukup bermakna.

.Aku ingin berkongsi sebuah hadis dipetik daripada majalah solusi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’ie,Baginda berkata kepada salah seorang sahabat bernama Mu’az bin Jabal:’’Ya Mu’az,demi Allah,sesungguhnya aku mengasihimu.Kemudian aku ingin berpesan kepadamu,jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut(yang bermaksud);’’Wahai Tuhanku,bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu,dan mengelokkan ibadah kerana-Mu.’’

Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang pendidik mengajar doa tersebut kepada sahabatnya Mua’az bin Jabal untuk memberitahu sahabatnya bahawa Baginda s.a.w mengasihinya kerana Allah s.w.t.Jadi apa bezanya ucapan doa daripada abg angkatku dengan apa yang diajar Rasulullah s.a.w.Jawapannya tidak ada beza kerana mengajar suatu doa adalah sama seperti kita mendoakannya supaya mendapat rahmat dan kasih-sayang Allah s.w.t

Terdapat sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang Tujuh golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti.Antara Tujuh golongan itu ditekankan dengan sabdanya;’’Dua orang lelaki yang yang berkasih sayang kerana Allah s.w.t’’

Hadis ini menunjukkan bahawa dua sahabat karib yang bakal mendapat rahmat dan perlindungan Allah di hari kiamat ialah mereka yang saling menjalinkan ikatan persahabatan di atas dasar saling cinta mencintai kerana mencari keredhaan Allah.Bukan atas dasar atau tujuan atau dorongan untuk mendapatkan hal-hal keduniaan atau maksiat kepada Allah.Justeru itu,merekamerealisasikan kasih sayang dan cinta mereka itu dengan saling bekerjasama dan tolong menolong,nasihat menasihati,kunjung mengunjungi,amal makruf dan nahi mungkar secara bersama.Selain itu,mereka bersama dalam amalan bertaqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah atau takwa.

Aku harap dan berdoa agar dikurniakan sahabat yang menjalinkan ikatan persahabatan di atas nama Allah.Aku sendiri tidak mengetahui sama ada abg angkatku mengasihiku kerana Allah ataupun tidak kerana aku tidak mengenal hati manusia.Manusia memang tidak mengenal manusia,kerana yang mengenal manusia ialah yang mencipta manusia iaitu Allah s.w.t Yang Maha Pencipta.Tetapi aku sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti abg angkatku ini.Walaubagaimanapun aku juga menerima seadanya sahabatku yang lain,kerana aku juga tidak sempurna.Aku seorang insan yang lemah.Tidak punya apa-apa. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam Tujuh golongan yang dinaungi Arasy di akhirat kelak iaitu ’’Dua orang lelaki yang yang berkasih sayang kerana Allah s.w.t’’

0 comments:

Post a Comment