Saturday, October 3, 2009

Persahabatan di atas nama Allah s.w.t

Sebulan yang lepas aku menerima satu ucapan doa daripada abg angkatku yang bernama bolakehidupan(bukan nama sebenar) yang kini menuntut di al-Azhar,Mesir untuk diriku yang bergelar sahabat.Kata-kata yang terkandung dalam ucapan doa tersebut cukup bermakna,membuatku sangat terharu dan hampir menitiskan air mata.Mungkin apabila aku bertemu dengannya disaatku membaca ucapan tersebut, air mata yang tersimpan tidak dapat dihalang lagi daripada mengalir.Ucapan doa yang aku maksudkan itu adalah seperti yang tertera di bawah :

Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan.. kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd SAHABATku ini... Ya Allah.. Limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd SAHABATku ini... jgan Kau sempitkan die dgan belenggu masalah.. jgan Kau hukum die krana kekurangan dan kelemahan yg ada dalam dirinye...permudahkanlah urusan SAHABATku ini Ya Allah... Ya Allah... tempatkan SAHABATku ini d kalangan kekasih2Mu.. tinggikan darjat SAHABATku ini dalam ketaqwaan..keimanan.. redhailah SAHABATku ini d dunia & akhirat krana aku amat maengasihi SAHABATku ini..bahkan aku redha terhadap dirinye... Demi Tuhan sekelian alam.. SAHABATku ini telah mmberikan ketenangan..kegembiraan kpdku... Engkau satukanlah hati2 kami Ya Allah... amin ya rab (^_^)

Apakah perasaan anda ketika membaca ucapan doa tersebut ??tiada perasaan ??itu mustahil,kerana semua manusia mempunyai perasaan.(hehe…itu memang kenyataan)
Tapi kata-kata tersebut memberikan kesan yang mendalam bagiku kerana orang yang memberikan ucapan itu bukan siapa-siapa,tidak lain,tidak bukan orang yang aku kenal rapat yang telah ku anggap seperti abgku sendiri.Itulah yang membuatkan ia cukup bermakna.

.Aku ingin berkongsi sebuah hadis dipetik daripada majalah solusi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’ie,Baginda berkata kepada salah seorang sahabat bernama Mu’az bin Jabal:’’Ya Mu’az,demi Allah,sesungguhnya aku mengasihimu.Kemudian aku ingin berpesan kepadamu,jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut(yang bermaksud);’’Wahai Tuhanku,bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu,dan mengelokkan ibadah kerana-Mu.’’

Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang pendidik mengajar doa tersebut kepada sahabatnya Mua’az bin Jabal untuk memberitahu sahabatnya bahawa Baginda s.a.w mengasihinya kerana Allah s.w.t.Jadi apa bezanya ucapan doa daripada abg angkatku dengan apa yang diajar Rasulullah s.a.w.Jawapannya tidak ada beza kerana mengajar suatu doa adalah sama seperti kita mendoakannya supaya mendapat rahmat dan kasih-sayang Allah s.w.t

Terdapat sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang Tujuh golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti.Antara Tujuh golongan itu ditekankan dengan sabdanya;’’Dua orang lelaki yang yang berkasih sayang kerana Allah s.w.t’’

Hadis ini menunjukkan bahawa dua sahabat karib yang bakal mendapat rahmat dan perlindungan Allah di hari kiamat ialah mereka yang saling menjalinkan ikatan persahabatan di atas dasar saling cinta mencintai kerana mencari keredhaan Allah.Bukan atas dasar atau tujuan atau dorongan untuk mendapatkan hal-hal keduniaan atau maksiat kepada Allah.Justeru itu,merekamerealisasikan kasih sayang dan cinta mereka itu dengan saling bekerjasama dan tolong menolong,nasihat menasihati,kunjung mengunjungi,amal makruf dan nahi mungkar secara bersama.Selain itu,mereka bersama dalam amalan bertaqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah atau takwa.

Aku harap dan berdoa agar dikurniakan sahabat yang menjalinkan ikatan persahabatan di atas nama Allah.Aku sendiri tidak mengetahui sama ada abg angkatku mengasihiku kerana Allah ataupun tidak kerana aku tidak mengenal hati manusia.Manusia memang tidak mengenal manusia,kerana yang mengenal manusia ialah yang mencipta manusia iaitu Allah s.w.t Yang Maha Pencipta.Tetapi aku sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti abg angkatku ini.Walaubagaimanapun aku juga menerima seadanya sahabatku yang lain,kerana aku juga tidak sempurna.Aku seorang insan yang lemah.Tidak punya apa-apa. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam Tujuh golongan yang dinaungi Arasy di akhirat kelak iaitu ’’Dua orang lelaki yang yang berkasih sayang kerana Allah s.w.t’’

Thursday, October 1, 2009

Medical check up.

Hari Khamis 1/10/09 aku pergi ke klinik kesihatan P.Gudang,Johor untuk wat pemeriksaan kesihatan.Sebelum itu aku diberitahu medical check up dibuat petang oleh jurukaunter,so aku gerak awal sbb tumpang abangku yang singgah di rumah pada waktu rehat untuk makan.Tempat keje abangku pon mmg satu jalan dengan klinik,jadi tak payah susah-susah aku gi nek kete ayah yang pulang pada pukul 2pm. Aku sampai sana dalam pukul 1.30pm.Sampai sahaja disana aku terus melilau,berjalan kesana ke mari untuk mencari surau.

Heran dan pelik aku dibuatnya sebab takde signboard yang tunjuk dimana surau berada,namun aku tidak putus asa dengan bertanya pada pakcik security guard yang kebetulan melihat aku terpinga-pinga seakan mencari sesuatu.‘’Pak cik surau kat mana’’ ??lalu pakcik itu pun menjawab ‘’Laa….surau takde kat sini dik,dah lama sy mintak pada kerajaan,mengadu pada pihak atasan dan wakil rakyat tapi tak dapat-dapat.Nak buat camner biar diorang tanggung dosa’’Terkejut sampai nak semput aku dibuatnya mendengar jawapan pakcik tu.

Bila difikirkan kembali,aku rasa itu adalah merupakan ujian bagi pemimpin.Apabila sudah digelar pemimpin banyak amanah yang akan ditanggung.Tetapi realiti hari ini pemimpin lebih disibukkan dengan urusan dunia berbanding urusan akhirat sehingga sesuatu perkara dianggap remeh.

Aku tidak kisah jika terpaksa menunggu lama sehingga nomborku dipanggil untuk pemeriksaan,aku tidak kisah jika Dr gigi takde,aku juga tidak kisah jika hari itu ujian air kencing ditunda kepada hari Isnin,tetapi aku rasa risau jika meninggalkan solat kerana tidak mempunyai kemudahan surau di situ.Aku anggap ni benda yang paling gila kat dunia,sbb brape ramai orang seperti aku yang boleh menjadi mangsa di kemudian hari.

Nasib baiklah semua pemeriksaan kesihatan itu tidak berjaya disempurnakan, dapatlah aku balik awal ke rumah untuk solat.Jika semua pemerikssan kesihatan itu dibuat,memang lepas Asar pun belum tentu siap sebab prosedurnya lambat.Itulah hakikat berurusan dengan klinik kerajaan,memang setimpal dengan bayarannya yang murah kerana prosedurnya yang lambat.Sekian

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".H.R. Muslim

Berani,kerana benar.

Wednesday, September 30, 2009

Bermulanya Disini.........

Assalamualaikum........

Hari ini pada tanggal 30/09/09 pada pukul 3.30 pm merupakan hari yang bersejarah bagi aku kerana hasratku untuk mewujudkan sebuah blog sendiri telah tercapai.Sebelum ini aku rasa kewujudan blog hanya fenomena biasa seperti hujan yang diramalkan akan turun.Tetapi tidak ku menyangka tiba-tiba aku berasa kewujudan blog adalah seperti tsunami yang pernah melanda Acheh pada tahun 2004.Blog ini akan memuatkan pelbagai entri yang bermanfaat untuk diriku dan tatapan semua walaupun sebenarnya aku tidak cukup ilmu hehe.Blog ini juga akan aku jadikan seperti diari dan bisikan nurani yang bermanfaat sahaja,tidak seperti blog-blog lain yang menyelitkan kisah peribadi yang boleh mengaibkan diri sendiri.Aku juga berharap dan berdoa semoga diriku dan pembaca tidak menyalah gunakan blog ini untuk menyebarkan fitnah atau perkara yang mungkar seperti kita mempunyai pisau,baik atau buruk itu bergantung kepada orang yang mengguna pisau tersebut.Jika kita guna pisau untuk potong sayur,potong daging alhamdulillah,tapi jika kita guna pisau untuk potong manusia maka jahanamlah.Sebelum aku terlupa,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kakak angkatku zalai yang telah membantu dan menunjuk ajar dalam selok-belok mengedit blog.Sekian sahaja postingku sebagai permulaan untuk berlayar di lautan kehidupan yang penuh pancaroba di akhir zaman ini.